சரித்திரம் / SEJARAH

LATAR BELAKANG / MAKLUMAT ASAS / SEJARAH


Pada tahun 1912 mulalah tertubuhnya sebuah sekolah Tamil di Ladang Regent . Pada mulanya ia merupakan sebuah sekolah Tamil yang dianggap besar diantara berberapa sekolah di Negeri Sembilan. Semasa itu, ia mempunyai seramai 291 orang murid dan En.Peter sebagai Guru Besar. Seramai 14 orang guru bertugas di sekolah ini.

Pada ketika itu Sekolah Ladang Regent merupakan sebuah sekolah tunggal berfungsi dikawasan Zon Gemencheh .Sekolah ini terletak dalam kawasan Ladang Regent .Jarak sekolah ini dari Bandar Gemencheh ialah 2 kilometer. Pada tahun 1935, sekolah ini telah mendapat bangunan lebih baik dan bilangan muridnya adalah seramai 310 orang. Setiap tahun bilangan murid di sekolah ini mula bertambah. Pada tahun 1938 bilangan murid adalah seramai 312 orang dan En.J.D Dorairaj bertugas sebagai Guru Besar. Pada tahun 1964, Kementerian Pelajaran telah membina sebuah bangunan mengandungi 4 buah bilik darjah dan sebuah pejabat kecil .Ada banyak perubahan dari segi pencapaian kurikulum dan kokurikulum di peringkat zon dan daerah. Pada Tahun 1982 satu bangunan bilik darjah dan sebuah pejabat kecil .Ada banyak perubahan dari segi pencapaian kurikulum dan kokurikulum di peringkat zon dan daerah. Pada Tahun 1982 satu bangunan telah dibina oleh PIBG iaitu 2 buah bilik darjah dibina melalui peruntukan Ahli Parlimen Tampin.Sebuah bilik perpustakaan dibina melalaui kewangan PIBG dan sebuah bilik darjah tambahan melalui peruntukan YB Dato S. Samy Velu. Guru Besar pada masa itu ialah En. T. Seetharaman . Pada tahun 1985 ,sebuah kantin sederhana tarafnya telah dibina .Bangunan ini dibina atas daya usaha Kelab Belia Hindu Gemencheh dengan peruntukan Ahli Parlimen. En. Easiah Joseph merupakan Guru besar dari Tahun 1984 hingga 1987.

Pada tahun 1988 hingga 1994 En.S. Vannimuthu menjawat jawatan Guru Besar di sekolah ini. Ada seramai 410 orang murid dan 26 orang guru termasuk Guru Besar. Pada tahun 1996 hingga 2001 En.R. Marimuthoo bertugas sebagai Guru Besar dan gurunya pula seramai 26 orang. Pada tahun 2001 hingga 2002 En.R. Chandran pula menjawat jawatan Guru Besar sehingga beliau bersara disini. Pn.V.Vilasiny pula menjadi Guru Besar mulai pada tahun 2003 hingga 2007. Jumlah guru pada masa itu ialah 25 orang termasuk Guru Pemulihan. Ini adalah kerana kekurangan murid. Jumlah murid pada masa ini ialah 317 orang sahaja. Beliau bersara di sekolah ini. Pada 2008, Pn.Maimun Bte S. Abdul Rahman menjawat jawatan Guru Besar di sekolah ini. Jumlah guru pada masa itu ialah 24 orang termasuk Guru Pemulihan, Guru Pusat Sumber dan Guru Data En. Jofferry Bin Maulud. Jumlah murid pada masa ini ialah 314 orang sahaja.



telah dibina oleh PIBG iaitu 2 buah bilik darjah dibina melalui peruntukan Ahli Parlimen Tampin.Sebuah bilik perpustakaan dibina melalaui kewangan PIBG dan sebuah bilik darjah tambahan melalui peruntukan YB Dato S. Samy Velu. Guru Besar pada masa itu ialah En. T. Seetharaman . Pada tahun 1985 ,sebuah kantin sederhana tarafnya telah dibina .Bangunan ini dibina atas daya usaha Kelab Belia Hindu Gemencheh dengan peruntukan Ahli Parlimen. En. Easiah Joseph merupakan Guru besar dari Tahun 1984 hingga 1987.telah dibina oleh PIBG iaitu 2 buah bilik darjah dibina melalui peruntukan Ahli Parlimen Tampin.Sebuah bilik perpustakaan dibina melalaui kewangan PIBG dan sebuah bilik darjah tambahan melalui peruntukan YB Dato S. Samy Velu. Guru Besar pada masa itu ialah En. T. Seetharaman . Pada tahun 1985 ,sebuah kantin sederhana tarafnya telah dibina .Bangunatelah dibina .Bangunan ini dibina atas daya usaha Kelab Belia Hindu Gemencheh dengan peruntukan Ahli Parlimen. En. Easiah Joseph merupakan Guru besar dari Tahun 1984

Sila Layari Pautan Dibawah

Search This Blog