மாணவர் நலன் / HEM




Laporan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Bilik Boss Dan Ketua Kelas
1. Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Bilik Boss Dan Ketua Kelas telah disampaikan oleh Tuan ASP Saravanan, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin pada 22/01/2010 (Jumaat) bertempat di Dewan SJKT Ldg Regent. Bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10.10 pagi. Majlis tersebut dihadiri oleh semua murid dan guru. Diiringi oleh Puan Guru Besar Maimoon Bt S.Abdul Rahman, penyerahan watikah perlantikan telah disempurnakan dengan jayanya.
2. Tahniah diucapkan kepada adik Mayuri A/P Murthy yang telah dilantik sebagai Ketua Murid dan adik Devkumar A/L Sandaranan sebagai Penolong Ketua Murid sekolah sesi 2010 syabas dan tahniah kepada murid yang dilantik, semoga dapat menjalankan tugas dengan baik, sempurna dan penuh bertanggungjawab. Berikut dipaparkan gambar sekitar majlis tersebut.

Sila Layari Pautan Dibawah

Search This Blog